Retorik Maha kaya: Saya Pelik Model Ekonomi Kerajaan?
Saya pelik — apa sebenarnya model ekonomi kerajaan sekarang?
Kononnya pelindung orang miskin.
Kononnya nak lawan golongan mahakaya.
Tapi realitinya?
Polisi untungkan orang kaya.
Yang miskin dan pertengahan pula diperah dan ditekan tanpa belas.
Orang kaya bila nak jimat elektrik, dia pasang solar.
Bila harga RON95 naik, dia terus beli kereta hybrid atau EV —
Hybrid jalan sampai 1,000km dengan satu tangki.
EV pulak caj percuma dari solar
Duit bukan masalah, ribu-ribu pelaburan awal tak terasa.
Lagi untung, sebab kerajaan bagi pengecualian cukai EV,
yang hanya orang kaya mampu beli.
Tapi orang M40 dan B40?
Nak bayar sewa rumah pun tercungap.
Nak pasang solar? Atap rumah pun tak ada, sebab duduk flat sempit bertingkat tinggi.
Cuaca panas macam ketuhar, anak ramai —
tak buka kipas atau aircond, budak boleh sakit.
Nak jimat macam mana?
Nak guna sistem hibrid?
Yuran sekolah anak pun dah keluh kesah nak bayar.
Belanja dapur pun makin menggila.
Konon SST tak naikkan harga barang
Konon SST tak dikenakan pada orang miskin
Tapi harga barang untuk orang miskin naik menggila
Orang kaya makin jimat dengan teknologi.
Siap dapat rebat, insentif, pelepasan cukai.
Caj kereta EV guna solar, rumah siap wallbox charger.
Tapi orang miskin dan pertengahan?
Terpaksa berjimat secara paksa.
Bukan sebab bijak, tapi sebab tersepit dan terdesak.
Bila RON95 naik harga nanti,
yang kaya terus memandu senyap dalam EV,
tapi yang B40 dan M40?
Tersedak di pam minyak, pandu Myvi dan motor, kira duit syiling.
B40 mungkin ada bantuan — RM100, RM200 sebulan atau lebih.
Ciput, tapi masih ada.
Alhamdulillah, sekurangnya ada sedikit ruang bernafas.
Tapi golongan M40?
Tak cukup miskin untuk dibantu,
tak cukup kaya untuk bertahan.
Terkapai-kapai di tengah arus,
dibelenggu cukai demi cukai, beban demi beban,
kenaikan demi kenaikan.
Tapi kerajaan masih ulang skrip basi:
"Kami bantu rakyat miskin lawan mahakaya. Kami prihatin."
Sedangkan sistem ekonomi kerajaan yang miskin makin dihimpit,
yang pertengahan makin ditelan.
Saya pelik…
Ini model ekonomi ke, atau model retorik politik?
Bila ahli retorik jadi menteri ekonomi,
dan bila jatuhkan BN ,
kerajaan naik bukan kerana dasar,
tapi kerana retorik janji manis menjatuhkan pihak lawan —
maka jadilah: keluar mulut buaya, masuk mulut harimau.
Umpama tikus baiki labu — makin rosak, makin tenat.
Akhirnya, rakyat hanya tinggal dua pilihan:
Berjimat sampai tinggal seluar dalam…
atau kerja kuat sampai rebah.
Dan seperti biasa, golongan mahakaya terus dijaga.
Disuap insentif, dilindungi cukai, dimanja sistem.
Maka… tiada pilihan.
Kita kena usaha lebih kuat.
Dan dalam segala penat dan kecewa,
banyakkan istighfar.
Kerana rezeki sebenar datang daripada Allah,
bukan daripada manusia yang berpura-pura bijak mengurus negara.
Mungkin ini bukan sekadar ujian.
Mungkin ini teguran keras daripada Allah.
Teguran atas dosa kita sebagai rakyat.
Kerana itu, Allah uji kita dengan pemimpin
yang menambah luka, bukan menyembuh derita.
Mungkin ya. Mungkin tidak.
Tapi jika ya…
Maka…
Ya Allah, ampunkan kami.
Ya Allah, ampunkan kami.
Ya Allah, ampunkan dosa kami.
Astaghfirullah.
0 comentários: