Home Top Ad

.

Ramai yang tuduh kerajaan BN masa Najib dulu boros berhutang, tapi bila tengok angka sebenar, cerita sebenarnya terbalik. Ini ringkasan data...

ye ke Zaman BN boros hutang?

Ramai yang tuduh kerajaan BN masa Najib dulu boros berhutang, tapi bila tengok angka sebenar, cerita sebenarnya terbalik.
Ini ringkasan data dari BNM berkenaan kenaikan bon hutang kerajaan yang belum ditebus dan purata kenaikan bulanan bagi beberapa tempoh:
Jumlah kenaikan hutang:
- Mac 2009 hingga April 2018 (masa Najb): naik RM420.5 bilion
- Mei 2018 hingga Julai 2025 (masa selepas Najib): naik RM594.3 bilion; di mana:
a) Mei 2018 hingga November 2022 (PH1.0+PN/BN): naik RM325.5 bilion
b) Disember 2022 hingga Julai 2025 (Madani setakat ini): naik RM268.8 bilion
Tempoh masa:
- Mac 2009 hingga April 2018: 109 bulan
- Mei 2018 hingga Julai 2025: 87 bulan
- Mei 2018 hingga November 2022: 55 bulan
- Disember 2022 hingga Julai 2025: 32 bulan
Purata kenaikan hutang setiap bulan:
- Zaman Najib (2009–2018): RM3.86 bilion sebulan
- Tempoh PH–PN/BN (2018–2022): RM5.92 bilion sebulan
- Madani (2022–2025): RM8.40 bilion sebulan
Selepas 2018, kadar pinjaman makin meningkat. Dan sejak kerajaan Madani ambil alih sepenuhnya, kadar pinjaman jadi paling tinggi - hampir RM8.4 bilion setiap bulan.
Patutlah rakyat pening sebab cukai naik, subsidi potong, tapi hutang negara makin menggila.

0 comentários: