Home Top Ad

.

PMX GAGAL FAHAM PEROLEHAN? 1. Terkejut saya dengan PMX menjawab dalam Parlimen isu surat sokongan Setiausaha Politiknya dengan membias isu k...

PMX GAGAL FAHAM PEROLEHAN?

PMX GAGAL FAHAM PEROLEHAN?

1. Terkejut saya dengan PMX menjawab dalam Parlimen isu surat sokongan Setiausaha Politiknya dengan membias isu kepada surat syor pembaikan jalan terputus oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

2. PMX tidak faham perolehankah?

3. Surat YB Hanafiah, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar pada 26 Januari 2025 tersebut adalah untuk MENGESYORKAN rundingan terus untuk MEMPERCEPATKAN projek pemulihan dan pembaikan jalan terputus Jalan Batu Rakit ke Mengabang Telipot.

4. Faham dua perkara asas - 1. Syorkan, 2. Pembaikan jalan terputus yang perlu dipercepatkan.

5. Sekarang lihat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.4 berkenaan Rundingan Terus.

6. Perkara 2.1 menyatakan:-

"Rundingan terus bagi bekalan/perkhidmatan/kerja dengan kelulusan Kementerian Kewangan hendaklah berasaskan kriteria seperti berikut:

(i) Kesegeraan Atas Kepentingan Awam

🟩 Perolehan yang perlu disegerakan supaya tidak menjejaskan kepentingan awam, penyampaian Kerajaan dan sekiranya perolehan tersebut tidak dibuat dengan segera akan memberi impak negatif kepada perkhidmatan awam"🟩

7. Jalan yang terputus perlu dibaiki segera, supaya rakyat tidak susah untuk bergerak.

8. Maka, Exco mengesyorkan rundingan terus dengan sebuah syarikat kepada Pegawai Kewangan Negeri.

9. Ia masih tertakluk kepada keputusan Pegawai Kewangan Negeri.

10. Bak kata PMX "apa salahnya?".

11. Lihat pula Surat Sokongan Setiausaha Politik. Ia bukan kes kecemasan. Ia adalah untuk pembinaan hospital. Benar ada pekeliling membenarkan surat sokongan, dengan syarat tidak berupa arahan.

12. Namun, kita semua faham siapa lebih tinggi kuasanya antara pejabat PM dengan pejabat Kementerian Kesihatan. Kalau menjerit tatakelola, ini perlu dihentikan terlebih dahulu. Dulu kita yang menjerit sakan.

13. Tapi begitulah Perdana Menteri kita. Asal ditanya sahaja terus emosi, dan membias (divert) perkara lain.

14. PMQT sudah jadi Prime Minister Quarelling Time.

YUSFARIZAL YUSSOFF

0 comentΓ‘rios: