Home Top Ad

.

Task Force Hindu Temples: Antara Hak Asasi dan Keluhuran Undang-Undang Sebuah pasukan khas yang dinamakan Task Force Hindu Temples telah diw...

Antara Hak Asasi dan Keluhuran Undang-Undang

Task Force Hindu Temples: Antara Hak Asasi dan Keluhuran Undang-Undang
Sebuah pasukan khas yang dinamakan Task Force Hindu Temples telah diwujudkan dengan tujuan membuat laporan polis terhadap elemen-elemen ekstremis yang didakwa cuba memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan rusuhan kaum.
Inisiatif ini digerakkan bersama NGO serta komuniti Hindu di Malaysia, dengan seruan agar orang ramai turut serta menyokong usaha tersebut.
Namun, di sebalik slogan melawan ekstremisme, timbul persoalan besar: apakah sebenarnya yang cuba dipertahankan oleh pasukan khas ini?
Tiada siapa yang mahu memulakan rusuhan kaum, ia hanyalah untuk menegakkan undang-undang yang seakan diketepikan selama ini, bukan soal perkauman atau sebab lain.
Isu Kuil Haram: Pencerobohan Tanah
Pendedahan demi pendedahan, khususnya melalui platform seperti Tanah Malaya, menunjukkan bahawa sebahagian besar kuil di negara ini didirikan tanpa kelulusan sah. Banyak daripadanya dibina di atas:
• Tanah kerajaan tanpa kebenaran rasmi.
• Tanah milik syarikat swasta seperti tanah milik Jakel.
• Tanah individu yang jelas berdaftar di bawah pemilik sah.
Dari sudut undang-undang, tindakan mendirikan binaan tanpa kelulusan adalah satu bentuk pencerobohan. Sama ada ia rumah ibadah, pondok kecil atau kompleks besar, statusnya tetap sama: binaan haram.
Ironi Penubuhan Task Force
Lucunya, sebuah pasukan khas diwujudkan bukan untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk menyokong binaan haram yang wujud. Persoalan yang timbul:
• Di mana keluhuran undang-undang?
• Apakah logiknya menyediakan pasukan khas untuk mempertahankan pencerobohan?
Tiada siapa melarang pembinaan kuil, malah ratusan sekalipun, asalkan ia dibina di atas tanah yang sah — dibeli, diwartakan, atau diluluskan untuk tujuan rumah ibadah.
Perspektif Undang-Undang
Undang-undang Malaysia telah lama menegaskan hak pemilik tanah terhadap pencerobohan:
• Kes Sidek bin Haji Muhammad & Ors v Government of Perak [1982] 1 MLJ 313
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pemilik tanah tidak wajib mendapatkan perintah mahkamah sebelum mengusir penceroboh atau merobohkan binaan haram. Hakim Raja Azlan Shah menegaskan bahawa pemilik berhak mengambil tindakan sendiri, selagi tidak menggunakan kekerasan melampau.
• Kes Cahaya Ideal (M) Sdn Bhd v Poongavanam & Ors [1999] MLJU 125
Mahkamah Tinggi menekankan hak pemilik berdaftar untuk mendapatkan kawalan serta-merta terhadap tanahnya.
• Kes Lee Loy & Ors v Poh Kam Sang & Anor [2018] 3 MLJ 240
Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh melindungi penceroboh.
Kesemua keputusan ini menunjukkan bahawa undang-undang berpihak kepada pemilik tanah, bukan kepada penceroboh atau binaan haram.
Realiti Kos dan Masa
Walaupun jalan terbaik ialah melalui mahkamah, prosesnya memakan masa panjang dan kos tinggi.
Kes tanah boleh berlarutan bertahun-tahun, dengan kos guaman mencecah puluhan ribu ringgit.
Justeru, tindakan segera melalui Tanah Malaya dan oleh pemilik tanah amat diperlukan kini dengan syarat tidak menggunakan kekerasan berlebihan — adalah sah di sisi undang-undang dan lebih efisien.
Penubuhan Task Force Hindu Temples menimbulkan tanda tanya besar tentang keutamaan masyarakat dalam menegakkan undang-undang.
Jika benar mahu mempertahankan hak beragama, ia sepatutnya dilakukan melalui saluran sah — membeli tanah, mendapatkan kelulusan, dan membina kuil secara teratur.
Kumpulan ini disokong NGO, pemimpin politik seharusnya mendidik kaum mereka mengenai kedaulatan undang-undang di negara ini supaya semua pihak sedar dan tidak melanggar undang-undang dan bukannya bersekongkol dengan tindakan yang salah.
Menyokong binaan haram bukan sahaja mencabar keluhuran undang-undang, tetapi juga membuka ruang kepada konflik sosial dan politik.
Hakikatnya, undang-undang Malaysia sudah jelas: pemilik tanah berdaftar berhak mempertahankan hartanah mereka daripada pencerobohan, tanpa perlu bergantung kepada mahkamah semata-mata.
Di sinilah muncul kumpulan seperti Tanah Malaya — kerana mereka melihat pencerobohan demi pencerobohan kuil sudah keterlaluan.
Jika tidak dibongkar, ia akan menjadi barah yang merosakkan sistem undang-undang negara.
Lebih membimbangkan, pihak tertentu mungkin mengambil kesempatan atas kelalaian dan "baik hati" pemerintah, menjadikan isu ini modal politik demi meraih sokongan dan undi.
Keluhuran undang-undang mesti ditegakkan. Jika tidak, siapa sebenarnya yang sedang kita bela — masyarakat atau penceroboh?
Dengan penubuhan task force ini, kita boleh jangka berapa IQ anggotanya yang mengerakkannya, mungkin lebih rendah dari 78, kerana bertindak seolah-olah tidak menggunakan 'otak'.
- VOICE

0 comentΓ‘rios: