Pihak Peguam perlu bertindak sesuatu.
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
Jangan Layan Pembongkar Binaan Haram Seperti Penjenayah – PPMM
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa individu yang membongkar, menegur, atau membuat laporan berhubung pencerobohan tanah serta binaan sembahan haram tidak wajar dilayan seperti penjenayah.
Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata, jika kenyataan mereka perlu direkodkan, ia mesti dilakukan melalui proses perundangan yang betul, tanpa intimidasi, penahanan atau rampasan sehingga ke tahap permohonan reman.
"Penahanan dan rampasan sebegini, jika berterusan, akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang serta integriti pihak berkuasa," katanya.
• Aktivis Tanah Malaya, Tamim Dahri, disiasat di Bukit Aman dan telefonnya dirampas.
• Aktivis Randuk Malaysia & Pengerusi IDENTITI, Islah Wahyudi, ditahan di IPD Sepang. Namun, permohonan reman oleh PDRM ditolak oleh Majistret dan beliau dibebaskan serta-merta.
PPMM mengingatkan pihak berkuasa bahawa kuasa yang ada adalah amanah rakyat, bukan alat untuk menekan atau menakutkan orang awam.
Sebaliknya, tindakan mesti difokuskan kepada penceroboh tanah persendirian atau kerajaan yang jelas melanggar undang-undang.
Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Loy & Ors v Poh Kam Sang & Anor [2018] menekankan bahawa pihak berkuasa tidak boleh melindungi atau membela penceroboh.
• Hormati hak rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
• Hentikan intimidasi terhadap aktivis dan pembongkar kebenaran.
• Gunakan kuasa untuk menegakkan undang-undang, bukan menekan suara rakyat.
Kebenaran bukan jenayah. Membongkar pencerobohan tanah dan binaan haram adalah tanggungjawab rakyat, bukan alasan untuk ditakutkan.
Kuasa mesti digunakan untuk menegakkan undang-undang, bukan menekan suara rakyat.
- VOICE
0 comentΓ‘rios: