Home Top Ad

.

"Kalau Tak Boleh Terima Bahasa Melayu, Lebih Baik Jangan Duduk Malaysia." – Titah Keras Agong Di Parlimen. Tuan-tuan, hari ini (19...

Kalau Tak Boleh Terima Bahasa Melayu, Lebih Baik Jangan Duduk Malaysia

"Kalau Tak Boleh Terima Bahasa Melayu, Lebih Baik Jangan Duduk Malaysia." – Titah Keras Agong Di Parlimen.
Tuan-tuan, hari ini (19 Januari 2026), Dewan Rakyat sunyi sepi.
Tiada bunyi bising, tiada jeritan "YB".
Yang ada cuma suara tegas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bergema memecah kesunyian Istiadat Pembukaan Parlimen.
Siapa kenal Sultan Ibrahim, tahu "Style Johor" baginda macam mana. Baginda tak main kias-kias. Kalau A, maka A lah jawabnya.
Dalam titah diraja hari ini, Baginda menegur satu isu yang dah lama jadi barah dalam masyarakat kita: Sikap segelintir pihak yang memandang enteng Bahasa Kebangsaan.
Sejak kebelakangan ini, makin ramai yang bising nak ubah sistem pendidikan, nak pinggirkan Bahasa Melayu, malah ada yang berani cadang sistem pendidikan yang "terasing" dari dasar kebangsaan.
Mendengar kecelaruan ini, Agong akhirnya bersuara. Dan bila Ketua Negara bersuara, satu negara kena dengar.
Baginda bertitah dengan jelas:
"Apa juga sistem pendidikan yang ingin diperkenalkan HARUS selari dengan dasar pendidikan negara berteraskan Bahasa Melayu."
Dan kemudian, Baginda menyambung dengan satu ayat yang membuatkan ramai yang "terasa pedas":
"Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia."
Fuh! Padu. Tepat. Menusuk!
Tuan-tuan, ini bukan sekadar teguran. Ini adalah "Ultimatum".
Kenapa Baginda murka sampai macam tu sekali?
Sebab Baginda nampak asas perpaduan kita makin rapuh.
Macam mana kita nak bersatu sebagai "Bangsa Malaysia" kalau jiran sebelah rumah pun tak faham apa kita cakap?
Macam mana nak mengaku rakyat Malaysia kalau pergi pejabat kerajaan pun terkial-kial tak reti cakap bahasa ibunda negara sendiri?
Sultan Ibrahim ingatkan kita balik pada akar umbi.
Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa orang Melayu. Ia adalah Bahasa Kebangsaan. Ia adalah "Gam Gajah" yang melekatkan Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan dan lain-lain menjadi satu.
Tuan-tuan tengok negara luar.
Pergi Thailand, semua cakap Siam.
Pergi Indonesia, bangsa apa pun cakap Indo.
Pergi Jepun, jangan harap dorang nak layan kalau tak cakap Jepun.
Tapi di Malaysia? Kita terlalu "bagi muka".
Kita terlalu bertolak ansur sampai bahasa sendiri dipijak-pijak di tanah sendiri.
Bila ada pihak yang cuba nak mansuhkan syarat lulus BM atau nak wujudkan sekolah yang tak ikut dasar kebangsaan, itu adalah bibit-bibit perpecahan.
Agong nampak benda ni.
Baginda bukan anti-bahasa Inggeris. Baginda
sendiri sangat fasih berbahasa Inggeris. Malah kita digalakkan belajar banyak bahasa untuk ilmu.
TAPI, jangan sampai Bahasa Melayu dikuburkan atau diletakkan nombor dua.
Titah Baginda hari ini adalah amaran keras kepada ahli politik dan pejuang hak asasi yang melampau sangat di luar sana.
Jangan main-main dengan asas negara.
Pendidikan adalah acuan. Kalau acuannya lain-lain, maka kuih yang keluar nanti pun lain-lain. Akhirnya, kita akan melahirkan generasi yang duduk senegara, tapi hati asing-asing.
Jadi kepada sesiapa yang rasa Bahasa Melayu tu "low class", atau rasa susah sangat nak belajar bahasa negara tempat tumpah darah sendiri...
Dengarlah nasihat Agong ni.
Pintu sempadan sentiasa terbuka.
Dunia ni luas. Carilah negara lain yang sanggup terima rakyat yang tak reti bahasa kebangsaan negara tu.
Daulat Tuanku!
MasyaAllah, bersyukurnya kita dikurniakan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kedaulatan negara.
Ketegasan Tuanku Agong hari ini membuktikan bahawa institusi Diraja adalah benteng terakhir yang menjaga identiti watan ini.
Bahasa itu adalah jiwa bangsa. Hilang bahasa, maka hilanglah jatidiri kita sebagai umat yang bermaruah di bumi Allah ini. Moga Allah kekalkan kedaulatan Malaysia di bawah naungan Tuanku.

cnp Mazlan

0 comentΓ‘rios: