Home Top Ad

.

Beberapa hari lepas, saya baca respon ramai pihak kepada kenyataan Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang demonstrasi anti rumah i...

FRAMING dan POSITIONING penulisan PASAL ISU DEMONTRASI RUMAH ANUTAN HARAM


Beberapa hari lepas, saya baca respon ramai pihak kepada kenyataan Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang demonstrasi anti rumah ibadat haram.
Sebagai seorang editor dan juga penulis, saya nampak ada beberapa perkara dari sudut komunikasi dan cara penyampaian yang boleh diperbaiki untuk akan datang.
Pertama sekali, apabila saya baca kenyataan ini, secara prinsipnya saya memahami Mufti Wilayah sedang berbicara tentang maqsad al-amn wa al-salam (tujuan keamanan dan kesejahteraan) yang jadi sebahagian daripada prinsip Maqasid Syariah.
Dalil surah al-'Araf yang pihak Mufti petik juga jelas tentang kepentingan untuk tidak melakukan kerosakan di muka bumi.
Cuma isu yang saya nampak bukan pada prinsip maqasid syariah yang dipetik, tetapi masalahnya pada FRAMING dan POSITIONING penulisan.
Bila masyarakat sedang marah kerana berlaku pencerobohan tanah, penulisan yang terus tekankan "jangan demonstrasi" tanpa terlebih dahulu mengakui keresahan tentang "hak milik yang dirampas" akan dilihat sebagai berat sebelah.
Walaupun saya yakin pihak Mufti tidak bermaksud ingin menjadi berat sebelah atau menyebelahi kesalahan dan kezaliman.
Maka dalam "fiqh" crisis communication, ada empat perkara penting yang perlu kita buat:
1. Akui emosi.
2. Validasi keresahan.
3. Jelaskan prinsip.
4. Beri jalan penyelesaian.
Dalam kenyataan yang dibuat ini, perkara pertama dan perkara kedua hampir tiada.
_____
Sebagai editor, saya akan reposition semula tulisan ini jadi seperti ini:
1. Mulakan dengan isu sebenar yang membakar sentimen.
Tegaskan bahawa pencerobohan tanah adalah satu kezaliman dan Islam melarang keras merampas hak orang lain.
Banyak dalil al-Quran dan Hadis yang melarang.
Apabila kita buat macam ini, kita reframe bahawa isu perampasan tanah ini bukan isu kecil. Kita berikan perhatian serius terhadapnya.
2. Tegaskan bahawa pembinaan apa-apa rumah ibadat tanpa kebenaran tetap salah.
Position-kan semula kedudukan undang-undang yang adil dan meliputi semua orang tanpa mengira latar belakang agama.
3. Barulah masuk Fiqh al-Amn wa al-Salam
Dengan nada bukan untuk larang orang daripada ingin menegakkan hak dan mencari keadilan, tapi dengan nada agar setiap tindakan dibuat dengan penuh kewarasan dan kesedaran. Juga dengan sentiasa menjaga keamanan masyarakat.
Barulah segala dalil al-Quran dan prinsip Maqasid dapat diletakkan di position yang akan dapat berikan impak kepada orang ramai.
4. Cadangkan Penyelesaian
Cadangkan penyelesaian yang menepati prinsip al-Amn wa al-Salam. Gunakan saluran undang-undang, desak pihak berkuasa, bantah secara aman dan lain-lain tindakan yang bersesuaian.
____
Selepas disusun semula seperti ini, kita akan dapat kawal naratif, membuat framing yang tepat dan membina positioning yang jelas terhadap apa sahaja yang kita ingin sampaikan.
Saya berharap apa yang saya tulis ini dapat sampai ke pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk diberikan perhatian di masa akan datang.
Fakhri Fadzli

0 comentΓ‘rios: