YAYASAN KUBRA SUDAH BUAT REPORT POLIS SEJAK 2018 SAMPAI SEKARANG TAK ADA TANGGAPAN AKHIRNYA MINTA BANTUAN TAMIM DAHRI UNTUK ROBOHKAN KUIL
Menurut peguam, Hariz Yusof, dalam satu kenyataan, mendakwa tanah tersebut telah dimiliki Yayasan Kubra sejak 1998 lagi.
Pihak yayasan juga telah membuat laporan polis seawal 2018 selepas menerima aduan daripada kontraktor yang dilantik oleh Digi berkaitan kerja-kerja sewaan tapak milik Yayasan Kubra kepada syarikat berkenaan.
Beliau menambah, pada tahun 2021, notis pengosongan telah pun dikeluarkan sebagai bukti keseriusan pihak tuan tanah dalam menangani isu ini, bagi menegaskan bahawa pembinaan kuil tersebut dilakukan tanpa keizinan.
Ini cukup jelas membuktikan bahawa Yayasan Kubra telah bertindak sejak sekian lama dalam memastikan hak dan pemilikan tanah mereka dihormati serta telah mengambil inisiatif supaya isu pertikaian tersebut diselesaikan melalui undang-undang.
0 comentΓ‘rios: