Home Top Ad

.

HARI ini, penceroboh tanah diberi ruang. Mereka yang langgar undang-undang, akhirnya mendapat "tanah percuma". Tetapi rakyat yang ...

penceroboh tanah diberi ruang.

HARI ini, penceroboh tanah diberi ruang.
Mereka yang langgar undang-undang, akhirnya mendapat "tanah percuma".
Tetapi rakyat yang bersuara demi kebenaran,
yang mempertahankan hak dan maruah negara,
pula diberi amaran.
Ini bukan soal kuil.
Ini soal keadilan.
Ini soal kedaulatan.
Ini soal masa depan tanah air.
Jika yang salah dilindungi,
dan yang benar ditekan,
maka negara ini sedang berjalan ke arah kehancuran moral.
Apabila kita diam hari ini,
kita sedang mewariskan ketakutan kepada anak-anak kita esok.
Islam mengajar kita berakhlak.
Islam juga mengajar kita berani mempertahankan hak.
Bersabar bukan bermaksud membisu.
Beradab bukan bermaksud tunduk kepada kezaliman.
Saya bersuara bukan kerana benci.
Saya bersuara kerana cinta kepada agama, bangsa dan negara.
Jika hari ini kita takut bersuara,
esok kita akan takut untuk memiliki masa depan.
Dan saya memilih untuk berdiri.
Bersama kebenaran.
Walau ditekan.
Walau diserang.
Firdaus.

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.

0 comentΓ‘rios: