*Ini Kifarah Untuk Madani*
Ini semua kifarah kepada kepimpinan Madani hari ini.
Dulu, UMNO dan kepimpinan terdahulu bertungkus lumus ubah negara. Dari ekonomi berasaskan pertanian dengan gaji RM80 sebulan, ke perindustrian dengan gaji RM380 sebulan.
Mereka hantar anak Melayu keluar negara. Universiti terkemuka di UK, US, Australia. Perkara yang tak pernah terlintas di kepala ibu bapa Melayu waktu itu. Semua dengan biasiswa kerajaan Melayu UMNO.
Bila dah pandai dan kaya atas bantuan itu, ramai dah lupa. Lupa titik peluh atok nenek kita lawan British yang naikkan yuran. Lupa keberanian kerajaan dulu dengan slogan _Buy British Last_ dan formula _Serangan Subuh_ untuk ambil alih Guthrie.
Semua tu dilupa. Sebaliknya, kepimpinan dulu dituduh Maha Firaun, Maha Sakau, kroni, nepotisme.
Sekarang kifarah menimpa Madani dan para penganutnya. Sesama sendiri bertelagah. Ketawakan kerajaan yang dulu mereka canang sebagai Maha Bersih, Maha Reformasi, Maha Hebat.
Hari ini tak hairan semua jadi huru-hara. Sebab Maha Kuasa nak buka mata kita: Tanah Melayu ini berjaya dan kaya bukan kerana Madani. Tapi kerana orang Melayu terdahulu yang bangunkan negara dari miskin jadi cukup kaya. Tanpa kita sedar, atok nenek, bapak emak kita dah berjuang supaya kita rasa nikmat hari ini.
Dengan itu, Madani patut ditendang keluar. Formulanya hampas. Hanya sembang wawenang wawekang.
Merekalah sebenarnya yang Maha Sakau, Maha Firaun. Sedang mengaut harta yang pemimpin terdahulu simpan untuk anak cucu hari ini.
kredit TENGKU NGAH
0 comentΓ‘rios: