Home Top Ad

.

GISBH bukan dibebaskan sebab terbukti bersalah, tapi sebab "selesai jalani hukuman" hasil putaran halus dalam sistem yang ramai ta...

GISBH bukan dibebaskan sebab terbukti bersalah

GISBH bukan dibebaskan sebab terbukti bersalah, tapi sebab "selesai jalani hukuman" hasil putaran halus dalam sistem yang ramai tak nampak.
Bayangkan 80 kertas siasatan dibuka bawah pelbagai akta berat: pemerdagangan orang, cukai, kanak-kanak, kesalahan seksual.
Semuanya senyap. Tiada satu pun lekat.
Tapi mereka tetap ditahan 15 bulan bukan sebab dibicarakan, tapi melalui kuasa khas yang tak perlukan mahkamah.
Selepas 15 bulan berlalu, tiba-tiba pertuduhan besar bertukar jadi kesalahan kecil hanya berkaitan keanggotaan pertubuhan yang tidak berdaftar.
Dan apabila mereka mengaku bersalah atas pertuduhan baru itu, media pun heboh seolah-olah segala tuduhan lama sudah "terbukti".
Padahal tiada pun pengakuan tentang ajaran sesat, salah laku seksual, atau apa-apa jenayah besar seperti yang digembar-gemburkan dulu.
Inilah keindahan sistem bila dimain dengan licik.
Yang bijak menulis skrip akan nampak suci di mata orang awam.
Yang malas membaca, terus menelan bulat-bulat naratif berita malam.
Akhirnya rakyat pun berpecah bertengkar sesama sendiri, sedangkan permainan sebenar sedang berlaku di depan mata, dengan senyap dan tersusun.
Sumber : Nordin Mat

0 comentΓ‘rios: