Pengkhianat & Pengintip
2.Yang bercakap itu Jeneral A. Rangsi Kitiyansap, bekas ketua Radio dan Televisyen Tentera Di Raja Thailand.
3.Rakaman itu ke udara pada 3 November 2025 di One31 stesen tv digital.di Thailand.Video penuh berdurasi 58 minit.
4.Sila lihat atau klik https://www.youtube.com/watch?v=sMwH1fVzV5g.
5.Perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kontroversi perjanjian damai antara Thailand dan Cambodia.
6.Kemarahan Jeneral Rangsi adalah kerana perjanjian damai itu sebenarnya, pada beliau , telah membenarkan Amerika Syarikat memasuki dan mengganggu kedaulatan ekonomi Thailand.
7.Rangsi menyatakan bahawa perjanjian damai itu telah menggabungkan sekali perjanjian usahasama berkenaan cukai dagangan dan nadir bumi.
8.Ya. Tarif dan REE.
9.Rangsi juga amat marah kerana perjanjian berkenaan akan memudaratkan Thailand dari segi ekonomi dan perdagangan.
10.Paling mengejutkan Rangsi melabel Anwar Ibrahim , Pengerusi ASEAN sebagai pengkhianat dan musuh dalam selimut. Malah Rangsi juga melabel Anwar Ibrahim menggunakan situasi perjanjian tersebut untuk angkat diri Anwar sendiri.
11.Rangsi mengecam perjanjian yang dimasuki Thailand kerana ia akan menyebabkan negaranya hilang hak nadir bumi yang dianggar 40 -50 trillion bhat.
12. Hos program juga ada menyentuh peranan Trump dan Anwar Ibrahim yang mana Rangsi menjawab Anwar adalah " sai suek dalam ASEAN".
13.Sai suek membawa maksud pengintip.
14. Rangsi juga menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan dari konflik Thai-Cambodia bagi tujuan menyelit perjanjian dagang dan nadir bumi dengan Amerika.
15.Persengketaan Thai dan Cambodia ini telah pada mulanya dirujuk ke Setiausaha Agung dan Majlis Keselamatan PBB untuk penyelesaian. Kini telah jadi mainan Amerika.
16.Perlu diingat bahawa Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Trump sedang mengalih dasar patron client ke konsep dominasi dunia melalui trade reciprocity.
17.Amerika dan Trump tidak bodoh. Mereka melihat rata-rata dunia telah menolak hegemoni kuasa. Banyak negara-negara berdaulat kini sedar tentang kebebasan penuh.
18.Maka Trump memperkenal tarif. Masihkah ingat bagaimana Trump dengan megah menyatakan semua pemimpin dunia akan berpusu-pusu mahu jumpa dan cium punggung Amerika kalau tidak akan dikena tarif tinggi?
19.Trump tahu kelemahan Anwar adalah glitz, glamour, camera, muzik, tarian, showmanship serta keperluan untuk diiktiraf.
20.Sebab itu kita lihat ART 2025 US -Malaysia, Perjanjian Damai Thai-Cambodia ( sekarang ini menurut Rangsi diselit tarif dan nadir bumi) begitu tergesa-gesa.
21.Trump telah perolehi boneka yang akan menari ikut rentaknya.
22.Sai suek , musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan, pengkhianat.
23.Malaysia dan ASEAN perlu diselamatkan.
Rafique Rashid
06.11.2025
0 comentΓ‘rios: