ANTHONY LOKE, JAWAPAN JPJ SEMAKIN MENGELIRUKAN
Baiklah, aku terima jawapan JPJ tu. Tapi aku nak tanya soalan tambahan.
Adakah ejen ejen pemungut yang dilantik sebelum ni juga merupakan syarikat bermasalah dari sudut kewangan? Adakah mereka juga pernah lancar aplikasi mereka, tapi rugi dan tak digunakan, kemudian tiba tiba mereka dapat "projek JPJ" pula?
Kalau ikut senarai yang JPJ beri tu, aku rasa tak perlu ulas lantikan POS Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM. Sebab mereka semua ada kaunter seluruh negara atau platform atas talian yang mudahkan pengguna untuk buat transaksi berkaitan JPJ.
Syarikat mereka juga adalah syarikat MNC atau Public Listed dan ada kewangan yang sangat kukuh.
KMSSB pula aku tengok dia adalah pengendali website RILEK (Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan). Hasil semakan aku, syarikat ni hanya menawarkan perkhidmatan ujian teori JPJ sahaja. Bukan seperti Rider Gate Sdn Bhd yang boleh perbaharui lesen, bayar saman trafik dan pindah milik kenderaan.
TCSENS Sdn Bhd pun sama juga. Dia hanya diberikan kontrak menguruskan kemasukan kenderaan asing (VEP). Bukan buat benda yang sepatutnya diuruskan JPJ sendiri.
Jadi apa yang sama dengan lantikan Rider Gate wahai Anthony Loke?
Dari sudut kewangan juga KMSSB dan TCSENS ada kewangan yang kukuh, pendapatan syarikat yang stabil. TCSENS sebagai contoh mencatatkan profit after tax RM1.6 juta dan mempunya net asset sebanyak RM11.8 Juta.
Kalau syarikat macam ni dilantik sebagai ejen, takdelah rakyat persoal.
Dalam jawapan JPJ, dia kata mana-mana syarikat yang berminat nak tawarkan nilai tambah kepada JPJ boleh mohon. Kira nak tunjuk JPJ terbukalah.
Macam ni lah Anthony Loke, bab tu kita faham. Macam kau lantik PUSPAKOM, POS Malaysia, MyEG. Kita tak persoal sebab syarikat yang berkelayakan.
Yang kita persoal adalah bila kau lantik Rider Gate Sdn Bhd yang ada masalah kewangan. Yang rugi dua tahun berturut turut, yang langsung takde pendapatan. Yang kebetulan kau sebagai Menteri pi rasmi pelancaran aplikasi Rider Gate bulan januari aritu. Itu jer.
Itu persoalan rakyat. Yang kau pi pusing pusing pusing dalam bulatan lapan ujian JPJ tu apesal?
Tapi kan, bila Menteri mula gunakan agensi untuk jawab, dia tak nak jawab sendiri, maksudnya adalah tu sesuatu kat situ. Kena tekan lagi sampai Menteri beri penjelasan.
Mudah jer, Kalau proses lantikan Rider Gate ni telus, Menteri beri maklumat berikut:
(1) Bila proses perolehan ini dibuat?
(2) Apakah kaedah perolehan digunapakai?
(3) Apa kriteria pemilihan?
(4) Bagaimana syarikat bermasalah kewangan dapat melepasi tapisan dan akhirnya dipilih sebagai ejen pemungut JPJ?
Jawab soalan diatas, selesai segala masalah. Tapi kau jangan jawab, "ada orang mohon kita terus luluskan".
Ni bukan siapa cepat dia dapat baii...JPJ mesti ada prosedur meluluskan permohonan dia. Dan salah satu daripada prosedur tu mesti kewangan syarikat. Macamana Rider Gate boleh lepas tapisan. Itu persoalan dia.
Ini ke tatakelola yang PMX dok sebut sebut tu?
Satu lagi, Menteri janganlah gunakan agensi untuk jawab. Rakyat nak jawapan dari Menteri sendiri. Malulah menyorok belakang penjawat awam.
Tapi seriuslah, aku syok tengok Rider Gate ni, ibarat ikan sedang kelemasan dapat oksigen. Sapalah bela ikan ni kan?
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
0 comentΓ‘rios: