ANTHONY LOKE JANGAN KELIRUKAN RAKYAT
Nak kata ejen tu buat kerja free ke? Buat kerja kebajikan ker?
Eh Menteri, ni bukan NGO kebajikan dia nak buat kerja for free. Dia ada sistem dia, ada pekerja dia, ada kos operasi dia. Semua ni perlu kepada kewangan untuk tanggung. Mestilah dia akan dapat komisen/keuntungan per transaksi JPJ ni.
Siapa yang akan bayar komisen/keuntungan dia? Kalau JPJ tak bayar mestilah penguna yang bayar. Bila transaksi antara rakyat dan JPJ, salah seorang ni je akan bayar.
Kalau Menteri kata langsung tak ada, Menteri memang sembang kari.
Jadi Menteri jangan kelirukan rakyat dengan kenyataan macam tu. Sebut direct apa sumber pendapatan ejen kutipan JPJ.
Aku cabar Menteri dedahkan surat tawaran dan perjanjian antara JPJ dan Rider Gate Sdn Bhd, kalau berani lah...
Kita boleh tengok sama-sama apa yang Rider Gate akan dapat dan sapa yang akan bayar dia.
Satu lagi Menteri ni jangan buat pura-pura tak faham apa yang rakyat timbulkan. Apa yang rakyat nak tahu adalah kenapa syarikat ni dipilih? Syarikat yang ada masalah kewangan tetiba dipilih oleh JPJ. Tu je rakyat nak tahu.
Kalau susah sangat, biar aku ajar. Jawab macam ni jer, "syarikat ini dipilih walapun ada rekod kewangan yang buruk dalah kerana......."
Yang kau pusing pusing tak jumpa jalan keluar dalam bulatan 8 ujian JPJ tu apesal?
Tony Tony.....memalukan betul. Patut orang cina dah mula tolak DAP.
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
*Tak dapat komisen, dapat maklumat rakyat.. banyak info bocor nanti.
0 comentΓ‘rios: