Home Top Ad

.

Lucutkan kerakyatan sesiapa sahaja yang menentang dasar negara dan pendidikan negara seperti yang telah dilakukan pemimpin terdahulu ke atas...

Lucutkan kerakyatan sesiapa sahaja yang menentang dasar negara dan pendidikan negara

Lucutkan kerakyatan sesiapa sahaja yang menentang dasar negara dan pendidikan negara seperti yang telah dilakukan pemimpin terdahulu ke atas pengasas Dong Jiao Zong (DJZ), mendiang Lim Lian Geok…
Itu sahaja cara untuk memastikan rakyat negara tercinta ini setia dan sayangkan negaranya. Buang masa berdebat dengan ultra kiasu ini. Ultra kiasu tidak akan berubah walaupun apa cara sekalipun kerana sifat ultra kiasu telah menjadi darah daging mereka.
Paling malang, ada sikitol dan mandaliar, pemimpin Melayu ultra kiasu dalam parti ultra kiasu ini, masih bangang lagi mengenai apa itu UEC, menyokong dan mempertahankannya bermatian mereka ini, walaupun saya telah jelaskan berulang-kali.
Sebenarnya, jawapan mudah sahaja. UEC jelas bertentangan dengan perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Titik. Persoalannya, kenapa masih dibenarkan beroperasi. Semua ini politik. Politik orang Melayu, takut hilang kuasa. Wal hal, sah-sah, bercanggah dengan dasar.
Ultra kiasu berhujah bahawa UEC diiktiraf di peringkat antarabangsa, kenapa tidak di Malaysia? Macam tu pulak ya….
Jawapan saya mudah, sebab kamu tinggal di Malaysia. Negara ini negara hukum kata PMX, ada undang-undang, ada dasar negara. Kalau kamu fikir pengiktirafan antarabangsa itu lebih baik, berhijrahlah ke negara antarabangsa tersebut. Pergilah ke negara antarabangsa yang mengiktiraf kamu, tak payahlah balik.
Kalau tak faham lagi, baca sejarah hitam UEC ini sehingga pengasas dilucutkan kerakyatannya….
Sejarah bermula apabila sekolah aliran menengah persendirian Cina (SPC) tidak mahu menyertai atau masuk kepada sistem pendidikan kebangsaan, walaupun pilihan telah diberikan, berbanding dengan SJKC dan SMJKC.
SPC mahu kekal menjadi sekolah swasta, sedangkan kerajaan mahu serapkan semuanya menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), menggunakan pengantar Bahasa Melayu, dengan tambahan subjek Bahasa Cina. Salah siapa? Sah-sah ultra kiasu ini degil dan keras kepala.
Begitulah baiknya pemimpin Melayu ketika itu. Haram jadi halal, mahu berlaku adil kepada semua kaum, walaupun keadilan itu sepatutnya tidak diberikan, sebab kita dasar pendidikan kebangsaan, negara hukum. Mana ada pendidikan vernacular di negara lain. Pergilah cari. Hargailah kebaikan Melayu wahai bangsaku.
Begitulah betapa baiknya bangsa pribumi melayani bangsa yang mendatangi.
Punya baiknya kerajaan lagi, tidak cukup dengan SMJKC, dibenarkan ada lembaga pengurusnya sendiri, iaitu DJZ, yang cukup terkenal dengan sifat perkaumannya, walaupun ia sekolah kerajaan. Sekolah kebangsaan kita, walaupun aliran kebangsaan, tidak boleh buat macam itu.
Hatta, kerajaan lebih banyak akur kepada kehendak DJZ sendiri daripada dasar kementerian pendidikan itu sendiri. Sebab itu, kita lihat seolah-olah macam JDZ yang menguruskan sekolah Cina ini, bukan kementerian, walaupun gaji dan pentadbiran dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Beza sungguh layanan berbanding dengan sekolah aliran kebangsaan sendiri. Namun, semua itu tidak dihargai. Beri betis nak peha. Kaduk naik junjung. Inilah perangai seperti Belanda minta tanah, yang paling aku tidak suka…
Berbalik kepada SPC yang kekal jadi sekolah swasta Cina, dahulunya tidak banyak, hari ini sudah ada 64 buah. Bertambah daripada tahun ke tahun. Kerajaan luluskan. Begitulah baiknya Melayu. Tak nak gaduh-gaduh, sanggup gadaikan prinsip, kekal berkuasa. Dari dahulu sampai sekarang, kononnya takut undi Cina lari. Wal hal, depa tak undi pun, terutama PN, terutama PAS. DAP, Gerakan, MCA sememangnya proksi UEC untuk dibawa ke atas, desak dan ugut.
Bila SPC dah jadi swasta, logiknya, tidak perlulah minta bantuan kerajaan. Ini tidak, saban hari, saban kali desak dan ugut kerajaan, menggunakan kekuatan undi. Kononnya, cina tidak undi kerajaan yang sedang berkuasa, tidak kira siapa dan parti mana.
SMJKC yang menerima tawaran kerajaan, kekallah seperti hari ini, masuk dalam aliran kebangsaan, sama dibantu seperti Sekolah aliran kebangsaan yang lain, termasuk SJKC. SMJKC yang dahulunya ada sikit sahaja sebelum berpecah dengan SPC sekarang terus bertambah menjadi 81 buah. Begitulah baiknya pemimpin pribumi yang sentiasa kemarukkan undi, membenarkan .
Setiap tahun kerajaan bagi gran RM 20 juta kepada SPC (UEC) walaupun tidak sepatutnya dibantu sebab dia swasta, buat duit. Pergilah melawat sekolah ultra kini, memang cukup memang. Lengkap dengan segala peralatan. Bangunan canggih, malah lebih hebat daripada sekolah berasrama penuh.
Bantuan daripada NGO, NGI, juwatan Cina, persendirian Cina, ibu bapa, usahlah cerita. Sebab itu, SPC terus hidup dan subur, hingga boleh tubuhkan beberapa universiti merdeka, seperti Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Han Chiang, Southern College dan banyak lagi. Mana ada dalam dunia ini sekolah dipunyai dan dikendali oleh NGO seperti JDZ, kecuali di Malaysia. Begitulah toleransi pemimpin kita yang tidak ada tolok banding. Malangnya, langsung dihargai.
Kerajaan bantu, kerajaan negeri bantu, walaupun bertentangan dengan dasar negara. Mana nak jumpa kerajaan atau bangsa 'baik seperti ini' di dunia ini.
Nampak tak, SPC memilih sendiri untuk berpisah dengan sistem pendidikan kebangsaan, sepatutnya mereka langsung tidak layak untuk dibantu atau pun diiktiraf. Tetapi saban hari terus desak dan tekan kerajaan untuk bantu dari segi kewangan dan iktiraf sijil-sijil mereka.
Yang sebenarnya, sudah pun banyak dibantu, sijil pun diiktiraf, cuma mereka tidak boleh masuk dalam perkhidmatan awam, termasuk universiti awam, itu sahaja. Itupun ada beberapa negeri yang sudah iktiraf. Tetapi ultra kiasu ini tidak pernah puas, sifat ultra kiasu, terus tekan kerajaan? Itulah ultra kiasu yang saya selalu perkatakan. Yang kita geram sangat, pemimpin Melayu ultra kiasu yang bangang turut sokong. Barua betul. Duduk dalam parti tersebut, tidak kiralah DAP, MCA atau Gerakan, turut mempertahankannya.
Tidak ada sistem pendidikan di dunia yang caca merba sehingga mengepikan pendidikan kebangsaan, selain Malaysia. Punya baiknya pemimpin Melayu, mereka sanggup ketepi agenda negara, semata-mata mahukan toleransi bagi memastikan kita dapat hidup aman damai. Tetapi sebenarnya, mereka takut hilang undi…letih sentiasa nak diulang dan ulang.
Semua sedia maklum, usaha nak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka telah mendapat bantahan ultra kiasu ini sejak zaman berzaman sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka, sistem pendidikan sudah terpisah. Perkauman.
Dahulu, sebelum merdeka, wujud Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil yang masing-masing guna cara yang berbeza-beza. Lebih teruk lagi, menggunakan silibus dan kurikulum negara asal. Namun, setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, isu sistem pendidikan mula jadi perhatian dan British juga mahu menyatukan sistem pendidikan yang berbeza-beza ini untuk diselaraskan.
Sebenarnya, British mahu terus menghapuskan sekolah vernacular, kerana sekolah ini hanya dibenarkan pada zaman tersebut, disebabkan oleh British menjangkakan, pendatang-pendatang ini mahu balik semula ke negara asal. Sebab itu, sekolah vernacular dibenarkan dan didirikan. Tujuannya tidak lain, supaya mereka bila balik nanti, tidak lupa asal-usul.
Rupanya tidak, ramai yang mahu mahu tinggal di sini, kerana di sini adalah syurga. Melayu orang yang begitu baik, meraikan kepelbagaian, demi dakwah, demi Islam.
Logiknya, bila mahu tinggal di sini, selamanya, menjadi rakyat di bumi bertuah, sekolah vernacular sudah tidak relevan lagi. Tidak sepatutnya ada lagi, British mahu menghapuskannya. Ini syarat sebenar British membenarkan sekolah vernacular di Tanah Melayu.
Dalam kata lain, British mahu menghapuskan sekolah venakular ini selepas pendatang-pendatang ini mahu tinggal selamanya di Tanah Melayu. Malangnya, apabila kita merdeka, pemimpin tidak buat apa yang telah British syaratkan itu. Kita asyik berpolitik, untuk mendapat undi, untuk mendapatkan kuasa. Akhirnya, inilah jadinya.
Pun begitu, selepas merdeka, datanglah cadangan nak buat sekolah kebangsaan yang terbuka kepada semua kaum, dengan menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Namun, usaha ini tidak berjaya kerana dibantah keras. Salah seorang yang membantah adalah seorang tokoh pendidikan Cina, Lim Lian Geok, pengasas dan pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zong).
Lian Geok kata orang Cina tidak sepatutnya dipaksa meninggalkan bahasa dan budayanya. Baik pemimpin Melayu, akur. Lian Geok ini memang menjadi pujaan ultra kiasu. Saban tahun hari lahirnya disambut dan namanya sentiasa diabadikan seperti mana mereka menyanjung Yap Ah Loy, San Yat Sen.
Dalam kata lain, ultra kiasu amat menghargai perjuangan dan jasa Lian Geok walaupun perjuangannya bertentangan dengan dasar negara.
Misalnya, Lian Geok sentiasa mendesak pemansuhan Ordinan Pelajaran 1952, penerimaan bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan serta peruntukan pendidikan kepada semua kaum di Persekutuan mengikut asas kesaksamaan. (Tan Yao Sua, 2014).
Akhirnya, penentangan Lian Geok berjaya dan British pun gugurkan cadangan penubuhan satu sistem sekolah kebangsaan menggantikan sistem sekolah vernakular. Dalam masa sama, muncul pulak Jawatankuasa Razak menjelang Pilihan Raya 1955.
Dek kerana Perikatan (BN) ketika itu berdepan dengan Pilihan Raya, maka Jawatankuasa Razak pun bersetuju terima sekolah rendah Cina sebagai salah satu sistem pendidikan kebangsaan, tapi bukan sekolah menengah Cina. Inilah politik Melayu, kerana undi, mereka sanggup gadaikan prinsip atau agenda kebangsaan.
Lepas merdeka, 1960 muncul pula Laporan Rahman Talib yang sekali lagi cuba menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini disokong kuat oleh pejuang pendidikan Aminuddin Baki. Namun, sekali lagi Lian Geok membantah.
Dalam ucapannya pada Ogos 1960, Lian Geok mempertikaikan perakuan Rahman Talib yang kata penggunaan bahasa kebangsaan adalah untuk memupuk kesedaran nasional dalam kalangan pelajar. Liab Geok hanya menganggap bahasa kebangsaan sebagai alat untuk komunikasi antara kaum dan menegaskan perkembangan bahasa lain tidak sepatutnya disekat bahasa kebangsaan. (Tan Yao Sua, 2014).
Lian Geok juga mendesak sekolah menengah Cina supaya tidak tunduk kepada Laporan Rahman Talib dan mahukan mereka ini berdikari sendiri. Namun, usaha Lian Geok tidak mendatangkan hasil, kerana banyak sekolah menengah Cina bertukar kepada sekolah aliran kebangsaan sebab mahukan bantuan bantuan kerajaan, maka jadikanlah SMJKC. Yang berdegil dan keras kepala jadilah, SPC. Yang mahukan sistem pendidikan Cina masuk dalam sistem pendidikan negara itu, itulah Cina baik, Cina sedar diri. Yang menentang, itulah ultra kiasu.
Maka, dengan sifat ultra kiasu ini, lahirlah pendidikan ultra kiasu. SPC terpisahlah daripada sistem pendidikan kebangsaan. Menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Maka bermula jugalah wujudnya Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), secara rasmi pada 1975.
UEC ini adalah pilihan mereka sendiri. Apa gaduh-gaduh lagi. Berani buat berani tanggung, tak perlu ugut atau desak kerajaan untuk bantu dan iktiraf. Peliknya, saban kali inilah suara pemimpin Cina seperti DJZ dan parti politik Cina, DAP, MCA dan Gerakan.
Sejurus UEC yang pertama diperkenalkan pada tahun 1975, Dr. Mahathir yang pada ketika itu, selaku Menteri Pelajaran, memberikan kata dua kepada pemimpin Dong Jiao Zong dan mengarahkan mereka untuk memberhentikan peperiksaan UEC. Namun, diteruskan juga. Begitulah hebatnya tawar menawar politik mereka. Ultra kiasu tetap ultra kiasu.
Ultra kiasu selalu berhujah, dengan membandingkan dengan sijil-sijil antarabangsa yang lain yang dibenarkan beroperasi seperti, O Level, IB, IGSE dan lain-lain, menggunakan Bahasa Inggeris, kenapa tidak UEC, menggunakan Bahasa Cina?
Nampak tak, ultra kiasu mahu letak level Bahasa Inggeris sama seperti Bahasa Cina? Tidak dapat bezakan antara Bahasa antarabangsa dengan Bahasa kaum. Nak setarakan Bahasa antarabangsa dengan Bahasa kaum.
Mereka juga tegaskan yang mereka hormat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebab itulah, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib untuk semua pelajar UEC. Betul ke? Siapa yang kawal silibus Bahasa Melayu ini? Siapa yang ajar? Ini belum termasuk subjek teras lain seperti Sejarah? UEC ini tiada ada kaitan dengan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil UEC diuruskan penuh oleh jawatankuasa DJZ.
Selain tu, ultra kiasu ini selalu berhujah, SPC juga tubuhkan Kelab Bahasa Melayu untuk tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. bekerjasama dengan DBP dan lain-lain NGO ultra kiasu Melayu lain. Ek eleh… Kerja ini semua orang boleh buat, untuk kaburi mata. Hakikatnya, produk sekolah ultra kiasu ini bagaimana? Fasihkah dalam Bahasa Melayu dan boleh berkomunikasi dengan baik. Cintakah mereka kepada Bahasa negara ini sepenuhnya. Jangan pergi jauh, dengar sahaja sebahagiannya yang berada di parlimen. Ultra kiasu ini boleh tipu orang lain, tapi bukan akulah.
Dalam isu UEC, sebenarnya sebelum ni memang dah ada pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan, walaupun tidak diiktiraf. Punya baiknya kerajaan. Haram boleh jadi halal. Inilah politik Melayu. Contohnya macam Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, lulusan UEC sudah diterima untuk kemasukan guru yang mengajar Bahasa Mandarin sejak tahun 2010, untuk SJKC. Nak apa lagi? Nak puas hati lagi kan? Itulah ultra kiasu.
Satu lagi hujah ultra kiasu, dengan mengambil kira laporan terbitan International School Consultancy (ISC), Malaysia adalah negara yang paling ramai pelajarnya belajar di sekolah antarabangsa berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara lain. Apa yang pasti, medium bahasa dalam sekolah ini pun tak menggunakan bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris. Kenapa boleh terima. Ada double standard. Ini hujah yang selalu digunakan oleh ultra kiasu bagi menjustifikasikan tindakan mereka agar UEC diiktiraf. Inilah juga hujah Melayu ultra kiasu DAP yang telah digula-gulakan DAP menjadi wakil rakyat di DUN dan di parlimen. Baru saya faham sekarang, rupanya Bahasa Cina setara dengan Bahasa Inggeris.
Selain itu, hujah yang selalu digunakan oleh ultra kiasu dan pemimpin-pemimpin Melayu kita, bahawa negara China akan menjadi negara kuasa besar ekonomi. Maka, penguasaan Bahasa Cina amat penting. Ini hujah bodoh.
Negara bersebelahan China, seperti Jepun, tidak pun menguasai Bahasa Cina, tetapi dengan kejepunannya. Tidak pula terkurang pun sedikit kemajuannya. Majunya sesebuah negara kerana Bahasa asing kah? Atau apa sebenarnya? Jangan jadi naif?
Kita tidak nafikan menguasai Bahasa asing itu penting, dalam Islam, amat digalakkan. Tetapi, berpada-padalah. Anak saya pun sekolah Cina. Sekadar untuk faham, bukan menjadi darah daging. Darah daging kita adalah Bahasa kebangsaan kita. Persoalannya, janganlah sampai kerana pentingnya China atau pentingnya bahasa Cina, akhirnya kita korbankan agenda negara sendiri. Kita ini berada di Malaysia atau negara China?
Negara lain juga berurusan dengan negara China, tanpa menguasai atau mengetahui Bahasa Cina pun, urusan kerajaan tetap berjalan. Apakah negara China tidak akan melayan kita hanya kerana isu Bahasa mandarin. Cetek sungguh kita berhujah.
Sudah sampainya subjek atau mata pelajaran, memahami keutamaan hidup, fiqh awlawiyyat, first things first, menjadi subjek atau mata pelajaran wajib ajar di sekolah dan universiti kepada anak bangsa kita. Apabila kepentingan agama (negara) bertembung dengan kepentingan negara lain atau dunia. Mana satukah kepentingan yang wajib dikorbankan. Pada hemat saya, kepentingan negara tidak ada kompromi, tidak ada tawar menawar. Sama seperti perjanjian perdagangan kita dengan Amerika (ART). Tidak ada kompromi jika sampai menggadaikan kedaulatan negara. Kedaulatan negara jauh lebih besar dan lebih penting dari segalanya. Walau apa juga rintangan dan ujian, kepentingan negara mesti diutamakan dahulu daripada kepentingan luar negara.
Sama juga kepentingan Bahasa. Susunannya, mestilah Bahasa negara didahuluikan, bukannya Bahasa asing, walaupun tidak dinafikan Bahasa asing itu penting. Ini tidak, realitinya, masih ramai rakyat negara mengutamakan Bahasa ibunda atau Bahasa asing berbanding Bahasa negara. Bukti jelas, cakap Melayu masih pelat, gagap. Paling malang, ada yang langsung tidak tahu. Itupun tidak menjadi kerisauan kita. Kita terus berpolitik.
Cukuplah sudah. Hentikan polimen ini dengan segera. Ingatilah apa yang mendiang sejarawan negara, Prof Khoo Kay Kim, pernah mengingatkan ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri

Kredit. Prof Riduan

0 comentΓ‘rios: