"ROMBAK KABINET ATAU ROMPAK HARAPAN? INI BUKAN REFORMASI, INI REFORBASI."
Kita dijanjikan reformasi.
Yang muncul di depan mata ialah reforbasi rosak yang dibungkus semula, gagal yang dikilatkan dengan jawatan.
Pertama, soal prinsip paling asas pun sudah runtuh.
PM masih pegang dua jawatan paling berkuasa: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Kononnya nak urus negara secara telus, tapi kuasa dikumpul di tangan sendiri.
Lebih malang, PKR yang dulu melaungkan politik nilai, hari ini dilihat makin berwajah parti anak-beranak.
Yang terbaru, anak kepada Speaker Dewan Rakyat dilantik pula sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Ini bukan persepsi yang dibina musuh politik bahkan ini realiti yang dipamerkan sendiri oleh kerajaan.
Reformasi sepatutnya memutuskan budaya lama.
Tapi kabinet ini menghidupkan semula budaya yang dulu mereka kutuk tanpa belas.
Kedua, menteri yang gagal… masih diberi nyawa.
Menteri Pengangkutan dengan isu demi isu seperti KLIA, aerotrain, autogate, blackout masih dikekalkan.
Menteri Komunikasi yang lebih cekap berlakon daripada membina dasar masih dikekalkan.
Menteri Pendidikan, ketika sekolah bergelut dengan masalah disiplin, keselamatan dan hala tuju masih dikekalkan.
Kalau gagal pun masih disimpan, mesejnya jelas:
Dalam kabinet PMX, prestasi bukan ukuran, kesetiaan lebih utama.
Ketiga, yang paling menyedihkan: Adam Adli.
Daripada rekod aktivisme mahasiswa yang penuh kontroversi,
kini dilantik pula sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Ini bukan naik taraf.
Ini tikus disuruh baiki labu.
Mahasiswa perlukan teladan kematangan, intelektual dan integriti.
Bukan simbol politik jalanan yang diangkat tanpa tapisan nilai dan kewibawaan.
Dan ada satu perkara yang paling membimbangkan, tetapi sengaja cuba disenyapkan.
Wilayah Persekutuan.
Jantung bandar.
Pusat ekonomi.
Ruang hidup majoriti Melayu bandar yang semakin terhimpit.
Apabila Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dan timbalannya juga daripada kaum yang sama, persoalan besar mula timbul..ini bukan soal individu, tetapi mesej politik.
Adakah ini mesej halus bahawa suara dan kebimbangan Melayu bandar tidak lagi relevan?
Adakah ini petanda bahawa isu perumahan mampu milik Melayu, penjaja kecil Melayu, belia Melayu bandar yang terhimpit kos sara hidup bahkan akan terus berada di pinggir radar?
Wilayah Persekutuan bukan sekadar pentadbiran.
Ia adalah medan paling sensitif hubungan kaum di negara ini.
Apabila representasi tidak seimbang, walaupun atas nama "kompetensi",
yang terhakis bukan hanya kepercayaan orang Melayu,
tetapi rasa kebersamaan dalam sebuah negara majmuk.
Kerajaan yang benar-benar reformis akan menenangkan keresahan,
bukan menambah jurang.
Namun kabinet ini seolah-olah berkata:
"Jangan risau, ini bukan soal kaum."
Sedangkan realitinya, rakyat di bawah sedang mula risau.
Bila Melayu bandar rasa terpinggir,
bila jurang persepsi makin melebar,
dan bila isu ini langsung tidak dijawab secara jujur itulah bibit awal retaknya perpaduan nasional.
Akhirnya, rakyat perlu bertanya dengan jujur:
Kabinet ini nak baiki negara, atau nak hancurkan negara secara perlahan?
Kerana bila kegagalan diraikan, nepotisme dinormalkan,
dan reformasi hanya tinggal slogan kempen
yang runtuh bukan sekadar kabinet,
tetapi harapan rakyat kepada masa depan negara.
Ini bukan rombakan berani.
Ini penyusunan semula kegagalan.
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
0 comentΓ‘rios: